-->

Amalan Pencegahan Kerosakan PC

| Ahad, 28 Disember 2008

Seperti lain-lain peralatan elektronik komputer pun boleh digunakan untuk jangka masa yang lama dan berpanjangan tetapi dalam keadaan yang tertentu ia pun boleh menjadi rosak.Perkakasan komputer tidak terbakar dan meletup....

Kesilapan penggunaan dan keadaan alam sekitar boleh menyebabkan komputer mengalami kerosakan.Kalau kita sentiasa memberi perhatian terhadap perjalanan komputer kita dari segi pengoperasian dan pengendalian maka komputer kita akan terpelihara dan jangka hayatnya akan berpanjangan.

Faktor-faktor yang menyebabkan kerosakan

  1. Suhu yang berlebihan
  2. Habuk dan debu
  3. Gangguan bunyi
  4. Masalah bekalan kuasa
  5. Karat
  6. Medan Magnet


suhu yang berlebihan
Cip dan komponen lain adalah sensitif kepada suhu yang tinggi.Semasa operasi biasanya PC
mengeluarkan suhu.Haba mendatangkan masalah apabila kita mula menambah add-on cards
Tindakan-tindakan berikut boleh membantu kita dalam mencegah kerosakan berkaian dengan suhu.

  1. Perbetulkan atau kemaskan semula kedudukan cip pada soket sekiranya terdapat gangguan berkala.(intermitent disturbance)
  2. Pastikan keadaan peredaran udara dalam CPU baik.
  3. Pastikan sistem bebas daripada habuk.
  4. Pastikan kipas-kipas penyejuk berjalan dengan baik misalnya kipas bekalan kuasa dan kipas

penyejuk mikro-pemproses.

  1. Simpan cakera pada tempat yang suhunya kering dan dingin .
  2. Sentiasa servis PC anda.



Habuk dan Debu
Caj elektrik statik didalam komputer dan monitor boleh memerangkap habuk dan
debu.Pengumpulan habuk tadi boleh bertindak sebagai insulasi dan mencegah pemindahan haba
semasa operasi komputer.Peralatan yang selalu berkaitan dengan habuk ialah pemacu dan
pencetak.

Ruang diantara kepala dan cakera adalah sempit dan habuk dianggap sebagai penyebab
utama kepada kerosakan atau kegagalan pemacu beroperasi.



Gangguan Bunyi
Komputer dan perkakasan lain adalah sensitif kepada gangguan bunyi dan memberi kesan
buruk.Bunyi boleh dianggapkan sebagai perubahan mengejut dan tidak disangka-sangka yang
berlaku kepada perjalanan voltan, arus, data dan suara. Ia boleh terjadi akibat denyutan tenaga
secara tiba-tiba.

Cara-cara berkesan untuk mencegah atau mengurangkan gejala diatas
  1. Penapisan(Filtering)
  2. Perlindungan (Shielding)
  3. Baiki pendawaian
  4. Baiki jenis komponen dalaman.



Masalah Talian Bekalan Kuasa
Faktor environment yang utama untuk melicinkan perjalan sistem komputer ialah bekalan kuasa yang baik dan bersih. PCs adalah sensisitif dengan bekalan kuasa jika dibandingkan dengan perkakasan letrik yang lain.

Empat jenis masalah bekalan kuasa.
  1. Spikes. Kejadian kelebihan voltan kurang daripada satu milisaat
  2. Surge. Kejadiankelebihan voltan beberapa milisaat atau lebih.
  3. Brown outs. Keadaan ini berlaku apabila kurang voltan yang dihantar kepada komponen tertentu saperti chips dan lain-lain komponen.Penurunan kuasa berlaku apabila kita menggunakan komputer berdekatan dengan peralatan letrik yang besar saperi pendingin udara ,pengisar berat dan .Berlaku juaga pada tempat yang berdekatan dengan kerja-kerja pengimpalan.Keadaan ini boleh diatasi dengan menggunakan alat penyetabil voltan yang otomatik atau manual.
  4. Black Out. Keadaan ini berlaku apabila bekalan kuasa terputus terus akibat petir dan guruh atau ribut yang kuat.Pengguna dinasihatkan supaya menanggalkan plug dari bekalan kuasa apabila komputer tidak digunakan.Juga boleh menggunakan alat pelindungan atau pemutus litar dari kedai-kedai tempatan.



Karat
Karat boleh berlaku pada pin,kabel,soket dan akad anataramuka (interface kad). Perkakasan ini
disaluti oleh loagam yang mana lama kelamaan akan gugur dimakan karat.Kawasan yang mudah
dihinggapi karat ialah kawasan tepi laut atau di kawasan yang sentiasa hujan.

PCB yang mempunyai karat mudah terputus saluran atau trek perjalanan arus letrik atau isyarat(signal).

Gegaran
Elakkan daripada berlaku gegaran semasa komputer sedang beroperasi.Perkakasan mudah rosak akibat gegaran ialah pemacu dan cakera keras.Semasa gegaran ajarum atau head pada cakera keras akan mengguris cakera dan mengakibatkan kehilangan data secara berkekalan. Juga boleh mengakibatkan bad sector dan FAT bad.

0 ulasan:













blogger readers

feed my blog..

Senarai Blog Saya