-->

Mujahidin ditawarkan pil viagra

| Ahad, 28 Disember 2008

Strategi CIA pujuk pejuang Afghanistan beri maklumat mengenai Taliban

WASHINGTON: Ejen Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat (CIA) memberi pelbagai habuan menarik termasuk pil perangsang seks lelaki, viagra, kepada panglima perang Afghanistan sebagai ganjaran mendapatkan maklumat mengenai Taliban.

"Apa juga boleh diberikan seperti visa, bantuan perubatan, mainan kanak-kanak, pembinaan bangunan serta pil viagra atas nama membeli persahabatan dan pengaruh mereka," kata seorang pegawai veteran CIA kepada The Washington Post.

Mengikut laporan akhbar itu, pil viagra diberi kepada pemimpin etnik dan panglima perang Afghanistan adalah sebahagian usaha dan habuan bukan saja untuk individu, tetapi keluarga.

Panglima perang 60 tahun, dikatakan bergelut untuk keperluan empat isterinya dan pada masa sama, ada maklumat bagi askar. - Agensi

0 ulasan:













blogger readers

feed my blog..

Senarai Blog Saya