-->

BIOS

| Ahad, 28 Disember 2008

BIOS ialah akronim BASIC INPUT / OUTPUT SYSTEM. BIOS ialah satu set arahan dalam satu
perisian yang mengoperasi perkakasan komputer. BIOS ditulis dalam bahasa mesin ( machine
language ). BIOS juga bertanggunjawab terhadap proses input dan output dan kerja-kerja lain.
Maka arahan-arahan membantu komunikasi perkakasan komputer dengan peranti-perantinya.


BIOS disimpan di dalam mikrocip secara elektronik. BIOS tidak dapat ditulis semula atau diubah maka cip ini juga dikenali READ-ONLY-MEMORY (ROM) . Oleh sebab ROM dan BIOS adalah sentiasa berkaitan, maka cip ini juga dikenali ROM BIOS. ROM ialah hardware dan BIOS ialah software maka ROM BIOS dibri istilah FIRMWARE. Cip ROM BIOS jenis DIP dan dipaderi kepada papan induk atau dislot padanya. BIOS yang mengawal sistem dipanggil BIOS sistem untuk membezakannya daripada ROM BIOS atas kad tambahan.



Cip ROM BIOS digunakan pada kad-kda tambahan seperti ethernet card, video adapter card
dan kad-kad lain. Arahan atas kad-kad tambahan ini membantu kada-kad berantaramuka /
berkomunikasi dengan PC.


Tugas utama perisian BIOS ialah memeriksa sistem komputer semasa komputer ini dihidupkan.
Proses pemeriksaan ini dikenali POWER-ON-SELF-TEST. Proses ini akan memeriksa sistem,
peranti-peranti, kad-kad tambahan dengan BIOS, membilang jumlah pemacu, serial port ( COM 1 dan COM 2 ), parallel port ( bagi pencetak dan pengimbas ), memeriksa kehadiran dan baiknya
papan kekunci, tetikus, monitor, memeriksa dan membilang RAM, cakera keras, alamta memori dan memori port-port dalam RAM.


Tugas kedua BIOS ialah pemuat but. But ialah proses memuatkan sistem operasian dari pemacu
cakera atau keras untuk menyediakan komputer untuk aplikasi program. Tugas ketiga BIOS ialah memainkan peranan antaramuka paras rendah (low level interface) di
antara papan kekunci, kad video, port serial dan parallel dengan mikroprosesor.

0 ulasan:













blogger readers

feed my blog..

Senarai Blog Saya