GUA MUSANG: Sekurang-kurangnya 10 maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan termasuk sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) mewah, dekat Rantau Manis di sini, pagi tadi.
Kemalangan di Kilometer 21 Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Rantau Manis, berlaku kira-kira jam 10.30 pagi.
Lapan mangsa mati serta-merta di tempat kejadian, manakala satu dalam perjalanan ke Hospital Gua Musang, manakala seorang lagi mati ketika dalam rawatan kecemasan di hospital sama.
Mangsa yang mati di lokasi, kebanyakannya tersepit dalam kenderaan yang remuk.
Seramai 13 anggota Bomba dan Penyelamat Gua Musang diketuai Pegawai Operasi Yahya Abdullah bergegas ke tempat kejadian untuk membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superitendan Ahmad Tarmizi Abd Haq, dijangka membuat sidang akhbar mengenai kemalangan itu di HGM, lewat petang ini.
Korban nahas Gua Musang meningkat 10 orang
isu semasa | Jumaat, 2 Januari 2009
This entry was posted on 1:53 PTG
and is filed under
isu semasa
.
You can follow any responses to this entry through
the RSS 2.0 feed.
You can leave a response,
or trackback from your own site.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan