PENDUDUK Gaza meninjau kemusnahan bangunan di selatan wilayah itu selepas dibedil jet Israel, semalam.
Rejim Zionis bunuh tokoh kanan Hamas, isteri
GAZA: Angka korban serangan Israel di Gaza mencapai 410, manakala 1,900 lagi cedera apabila pesawat negara Yahudi itu membuka lembaran tahun baru 2009 dengan meneruskan kempen pengeboman buat hari ke-6, semalam.
Serangan udara terbaru Israel membunuh seorang daripada lima pemimpin utamanya, Nizar Rayan termasuk empat isteri serta empat daripada 12 anaknya.
Pembunuhan Nizar dianggap membuktikan niat Israel menghapuskan pemimpin utama Hamas.
Rayan, 52, adalah profesor undang-undang Islam dan turut terbabit menyerang askar Israel. Malah, seorang anak lelakinya melakukan serangan bunuh diri menyebabkan dua pendatang Yahudi maut pada Oktober 2001.
Di NEW YORK, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengadakan sesi tergempar selepas negara Arab mengemukakan resolusi mendesak Israel segera menamatkan serangannya, tetapi delegasi Barat menyifatkannya tidak seimbang malah mahu rundingan diteruskan.
Dalam serangan hari ke-6 itu, pesawat Israel menyerang bangunan pentadbiran Hamas, manakala kereta kebal dan tenteranya berkumpul dekat sempadan. Akhbar Haaretz melaporkan, tentera Israel mensasarkan serangan balas darat besar-besaran dalam tempoh terdekat.
SEORANG wanita Palestin meratap di hadapan kediamannya yang musnah akibat serangan udara Yahudi di Rafah, semalam.
Hamas pula bertindak balas dengan melancarkan roket menyebabkan tiga penduduk awam Israel dan seorang askar terbunuh, kelmarin.
Israel juga menolak gencatan senjata segera selama 48 jam untuk menambah bantuan kemanusiaan kepada 1.5 juta penduduk Gaza dengan menyifatkan cadangan Perancis itu tidak realistik.
Di WASHINGTON, Livni memberitahu televisyen ABC matlamat jangka pendek Israel di Gaza bukan bertujuan untuk menggulingkan pemerintahan Hamas.
"Satu-satunya cara rakyat Palestin boleh mewujudkan sebuah negara ialah dengan mengubah situasi di Gaza... Justeru, perubahan di Gaza dan perubahan rejim diperlukan untuk mencipta visi dua negara atau menterjemahkannya kepada realiti," katanya.
Ditanya kemungkinan serangan darat di Gazal, beliau menambah: "Saya tidak pasti.Tetapi, semuanya sudah sedia." � AP/AFP/Reuters
SEORANG wanita Palestin parah akibat serangan udara Yahudi di Rafah, semalam.
0 ulasan:
Catat Ulasan