-->

Kitab Al-Bayan

| Rabu, 31 Disember 2008

KITAB AL-BAYAN

  1. NAMA PENUH KITAB : AL-BAYAN FI FIQH MAZHAB AL-IMAM ASY-SYAFIE
  2. PENERANGAN OLEH : QASIM MOHD NURI
  3. PENGARANG :
  • ABI HUSAIN YAHYA BIN ABI KHAIR SALIM AL-IMRANI ASY-SYAFIE R.A
  • ASAL DARI NEGARA YAMAN
  • RIWAYAT HIDUP ANTARA 489 HINGGA 558 H
  • GELARAN PENGARANG : SYEIKH JALIL FAKIH AL’ALAMAH


Bismillah…
Kitab Al-Bayan ini merupakan kitab yang menjelaskan hukum hakam fiqh yang mengandungi 14 jilid termasuk fehres(isi kandungan), bermula dari bab taharah (bersuci) dalam bab pertama hinggalah bab ikrar didalam bab yang ke sebelas. Jilid fehres diasingkan. Jilid tersebut mengandungi fehres ayat Quran, Hadis, Athar, akhbar, A’lam, fawa’idul bayan, asy’ar, kalimah masyruhah, mawarid mualif, masodir tahqiq, alfaie limawadii’I kitab dan kasyaf dalil al-bayan yang terdapat di dalam Kitab Al-Bayan yang agung ini.

Jilid awal merupakan jilid yang membahaskan bab taharah (bersuci). Dibahagikan mengikut perbahasan bermula dengan perbahsan mengenai apa yang dibenarkan dan tidak dibenarkan daripada air hinggalah bab membuang atau menghilangkan najis.

Jilid kedua membahaskan bab solat secara menyeluruh. Perbahasan merangkumi masalah umum hinggalah jemaah, takbir, dan masalah solat2 sunat. Terdapat banyak lagi pecahan masalah yang tidak dapat saya selitkan disini. Apa yang mampu saya katakan, jilid kedua mempuyai 711 mukasurat termasuk fehres dan semua mukasurat itu membincangkan masalah solat sahaja.

Jilid ketiga mengandungi perbincangan yang melibatkan 4 pembahagian hukum iaitu bab jenazah, zakat, puasa dan ‘itikaf. Bab jenazah membahaskan apa yang perlu kita lakukan ketika berdepan dengan mayat, mandikan mayat, kafan, solat keatas mayat, membawa mayat dan pengebumian, dan bab takziah keatas mayat.

Perbincangan bab zakat pula bermula dari kewajipan zakat, dan diakhiri permasalahan sedekah tathawwu’. Bab puasa dimulakan dengan perbincangan kewajipan puasa dan diakhiri dengan puasa tathawwu’ dan malam lailatul qadr. Bab I’tikaf adalah bab yang terakhir yang mengandungi permasalah yang paling sedikit dalam jilid ini dengan dimulakan dengan perbincangan syarat I’tikaf hingga lah mengqada’kan I’tikaf bagi mayat.

Jilid keempat membincangkan masalah haji secara meyeluruh termasuk umrah.Bermula dari perbahasan memasuki makkah dengan bukan sebab untuk menunaikan haji, diikuti perbahasan apa yang halal dan yang haram ketika menunaikan haji/umrah, nazar, dan diakhiri dengan bab sembelihan.

Jilid kelima dikhususkan untuk membahas bab buyu’, jualbeli. Jilid ini mengandungi 1001 permasalahan yang melibatkan jualbeli.

Jilid keenam adalah jilid yang boleh dikatakan sebahagian dari urusan jualbeli, Cuma pengarang memisahkan atau membahagikan kepada 2 bahagian iaitu yang terdapat didalam jilid kelima dan jilid yang keenam ini adalah jilid yang membahaskan bab2 seperti pelaburan, hutang, pewarisan, syarikat dan diakhiri dengan perbahasan dari segi bank. Terdapat banyak lagi pecahan perbahasan didalam jilid ini yang tidak dapat saya nyatakan. Jilid ini mempunyai 558 mukasurat termasuk fehres dan semuanya membincangkan masalah dalam perniagaan.

Cukuplah rasanya saya perkenalkan kandungan kitab al-Bayan secara ringkas. Al-Bayan adalah sebuah kitab yang wajib dimiliki oleh setiap muslim dan muslimah kerana kandungan dan perbahasan di dalam kitab yang agung ini. Diharap, maklumat yang saya berikan dapat membantu. Kepada yang ingin memilikinya, cetakan Darul Minhaj dari Saudi adalah yang terbaik dan dapat diperolehi dengan harga yang sangat2 murah. Sekian, salam mujahadah.

0 ulasan:













blogger readers

feed my blog..

Senarai Blog Saya