-->

Yayasan Perang Jenayah KL kutuk serangan Israel

| Rabu, 31 Disember 2008

copyright : berita harian
KUALA LUMPUR: Yayasan Perang Jenayah Kuala Lumpur menggesa masyarakat antarabangsa bersama-sama bertindak segera dan mendesak Israel memberhentikan pengeboman di Gaza dan pembunuhan yang kejam dan beramai terhadap penduduk yang tidak berdosa.

Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata yayasan itu juga menggesa kerajaan Amerika Syarikat, Britain dan kuasa besar lain memberikan tekanan terhadap Tel Aviv untuk memberhentikan pembunuhan yang tidak berperikemanusiaan terhadap lelaki, wanita dan kanak-kanak Palestin di Gaza dengan bom dan senjata lain.

Yayasan itu menyokong gesaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mengadakan gencatan senjata segera dan menamatkan semua operasi ketenteraan bagi menyenangkan kerja-kerja dan penyampaian bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza, katanya.

“Hati kita untuk penduduk Gaza pada masa kesengsaraan ini,” kata bekas Perdana Menteri itu dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata yayasan ini terkejut dan marah dengan penaklukan Israel di Gaza, Sabtu lalu yang mengakibatkan kira-kira 300 lelaki, wanita dan kanak-kanak Palestin terbunuh. - Bernama

-----------------------------------------------

Dalam proses saya sebagai seorang pelajar saya mempelajari kaedah dan keadaan fiqh dunia kala ini yang telah digariskan ulama' muktabar kita. Mengapa sehingga sekarang peperangan di Gaza khususnya dan dimana2 negara Islam masih lagi berlaku adalah kerana kita masih berada didalam era jumud dan taqlid iaitu era atau zaman selepas kejatuhan kerajaan abbasiah. Ada juga qaul atau pendapat yang mengatakan era ini bertindan dengan era pemerintahan sistem khalifah iaitu era kedua selepas kewafatan rasul s.a.w.

Di sinilah kemungkin antara asbab yang menyebabkan umat Islam masih tidak bersatu dan membuat hal masing2 kerana masih jumud dan meletakkan fahaman agama semata2 taqlid, hanya mengikut dalam beramal dan bukan beramal kerana ada ilmu. Di sinilah timbulnya retakan perpecahan antara umat Islam seluruhnya.

akhir kalam dari saya..sebagaimana yang saya katakan tadi, saya masih seorang pelajar oleh kerana itu, saya perlukan nasihat dan teguran. Sekiranya ada salah dan silap harap ditegur dengan hikmat. wallahu'alam.

0 ulasan:













blogger readers

feed my blog..

Senarai Blog Saya