-->

AS salahkan Hamas langgar gencatan senjata

| Ahad, 28 Disember 2008

copyright : Berita Harian

CRAWFORD (Texas): Amerika Syarikat (AS) hari ini menyalahkan Hamas kerana melanggar perjanjian gencatan senjata dan menuduh sengaja memprovokasi Israel melancarkan serangan udara ke atas Gaza, semalam.

Serangan itu menyaksikan lebih 200 orang terkorban di bandar yang dikuasai kumpulan Islam Palestin itu.

Washington bagaimanapun tidak menuntut supaya Israel menghentikan serangan itu, sebaliknya mahu serangan itu tidak disasarkan ke arah orang awam.

"Apa yang kita mahu ialah Hamas menghentikan serangan roket ke arah Israel," kata jurucakap Rumah Putih, Gordon Johndroe.

AS dilihat cuba menyingkirkan Hamas sejak ia memenangi pilihan raya Parlimen Palestin, Januari 2006.

Pegawai Israel berkata, serangan ke atas Hamas di Tebing Gaza akan berlarutan beberapa waktu.

Raja Saudi, Raja Abdullah dikatakan berbincang dengan Presiden George W Bush mengenai keadaan di Gaza tetapi tiada maklumat terperinci mengenainya.

Serangan udara ke atas Gaza itu diputuskan Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert untuk memastikan serangan roket oleh Palestin tidak merebak di wilayah negara itu. - Reuters

0 ulasan:













blogger readers

feed my blog..

Senarai Blog Saya